AKTRES Datin Seri Umie Aida memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk berkongsi pengalaman tentang kehidupan yang dilalui ketika suaminya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan pada September 2015. Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad, 45, berkata, dia memilih untuk berdiam biarpun kerajaan baharu (Pakatan Harapan) ini memberi ruang untuk rakyat bebas bersuara. “Ramai yang bertanya dan banyak dapat mesej yang ingin saya berkongsi pengalaman dilalui ketika suami saya kena tangkap dahulu dan lain-lain. “Saya minta maaf kerana belum bersedia untuk berkongsi dan lebih selesa berdiam diri untuk menceritakan pengalaman-pengalaman itu buat masa ini. Khairuddin direman selama enam hari berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September 2015 apabila beliau lantang mendesak siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilakukan. Beliau adalah ahli Umno pertama yang membuat laporan polis dan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu 1MDB selain beberapa laporan lain di luar negara. Sebelum itu, pada Januari 2015, rumah Khairuddin, yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang di Mont Kiara telah dilelong dalam satu acara lelongan yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Khairuddin turut dilaporkan telah diiystihar muflis oleh Jabatan Insolvensi. Umie memuat naik video di IG pada malam Isnin. Dalam pada itu, pelakon filem Dukun ini berkata, banyak perkara yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding hal berkenaan. Dia juga menyifatkan pengalaman yang dilalui itu sebagai sesuatu yang mahal untuk dikongsi. saya belum bersedia utk berkongsi pengalaman itu. Walaupun malaysia sudah “bebas” bersuara. InsyaAllah.. bila keadaan reda pasti saya akan kongsikan... kerana banyak positive & hikmahNYA . InsyaAllah... ?terima kasih.. #staypositive #love #respect #experience #malaysia A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on May 14, 2018 at 6:58am PDT “Banyak perkara yang lebih penting untuk difokus. Pengalaman saya dan keluarga saya lalui adalah suatu yang mahal,” ujarnya. Bagaimanapun, Umie berjanji untuk berkongsi perkara itu apabila keadaan sudah reda dan masa yang sesuai. “Saya belum bersedia walaupun Malaysia sudah bebas bersuara. Insyaallah apabila keadaan reda pasti saya akan berkongsi kerana banyak positif dan hikmahnya,” ujarnya. Pasangan berkenaan bernikah di Mekah pada Mac 2010.