suria

Sehari selepas umum bercerai, Bella Dally ke Singapura, Nazim pula ‘kaku’

Peminat mendoakan agar Bella dan Nazim kembali bersatu sebagai suami-isteri. Foto Instagram @nazimothman & @belladally

PENGUMUMAN mengejut pasangan Nazim Othman dan Bell Dally berhubung perceraian mereka mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat di laman sosial.

Ramai melahirkan tanda tanya berhubung punca perpisahan pasangan itu namun baik Nazim atau pun Bella, kedua-dua mereka mengunci mulut.

Pun begitu, pada Khamis selepas mengumumkan perkahwinan mereka sudah berakhir, Nazim menerusi InstaStory memuat naik ayat dalam bahasa Inggeris iaitu 'numb' yang membawa maksud kaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Nazim, Bella Dally musnah akhirnya

Perkataan itu berkemungkinan merujuk kepada situasinya selepas mendedahkan status perkahwinannya secara terbuka selepas sekian lama menyimpan rahsia tentang rumah tangganya.

Perkongsian Nazim di InstaStory selepas mengumumkan perceraiannya dengan Bella di Instagram.

Pada petang 1 Ramadan, Nazim dan Bella mengejutkan peminat apabila memaklumkan mereka sudah pun bercerai dan keputusan itu dibuat secara bersama.

Bella menerusi Instagramnya pula memberitahu mereka telah melakukan yang terbaik namun menganggap tiada jodoh di antara mereka.

Pasangan itu berkahwin pada 10 September 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016.

Sementara itu, Nazim turut memuat naik bait-bait lagu berjudul Thing I Can't Do For You oleh Park Hyo Shin yang dinyanyikan oleh salah seorang peserta program I Can See Your Voice.

Nyanyian syahdu peserta perubatan itu yang dikongsi Nazim turut menggambarkan perasaannya ketika ini.

Lirik tersebut berbunyi; If we just erased what happened today, nothing has changed between us because I won't make you tired anymore. (Jika kita dapat padam apa yang terjadi hari ini, tiada ada apa yang akan berubah di antara kita kerana aku tidak mahu buat kamu letih lagi).

Bella kini berada di Singapura.

Dalam perkembangan sama, Bella berkongsi gambar terbaharunya dengan kapsyen memberitahu dia akan berada di Singapura bagi menjayakan CelebFest Ramadhan 2018.

Ruang komen aktres itu dipenuhi dengan kata-kata semangat agar dia tabah mengharungi perpisahan dengan Nazim dan tidak kurang juga ada yang berharap agar pasangan itu kembali rujuk.

Nazim Othman, Bella Dally

Artikel Lain