suria

Ramai tak tahu Syamel jual roti john

Syamel pernah berniaga roti john pada bulan Ramadan sebelum bergelar penyanyi.

SEBELUM bergelar bintang terkenal, mungkin ramai tidak mengetahui penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Syamel pernah berniaga roti john di bazar Ramadan.

Kata Syamel, sejak bergelar selebriti dia langsung tidak berkesempatan untuk kembali berniaga kerana sibuk dengan undangan nyanyian.

Dedahnya, dia berazam untuk kembali berniaga roti john di salah sebuah bazar di Cheras tahun ini namun impian itu sekali lagi tidak kesampaian.

Ini kerana kata Syamel, dia terlewat mendaftar bagi membolehkan dia mendapat tapak di bazar tersebut.

"Ralat betul saya kerana terlewat mendaftar untuk dapatkan tapak meniaga, tiada rezeki saya.

Syamel.

"Kalau ikutkan perancangan memang saya hendak berniaga roti john... rindu betul saat itu dan kemeriahan di bazar," katanya.

Dalam pada itu, Syamel berkata, pengalaman berniaga sebenarnya banyak mengajar dan membentuk siapa dirinya pada hari ini.

Jelas Syamel, dia lebih menghargai wang yang diterimanya kerana sedar bukan mudah untuk mencari rezeki.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Syamel berkata, kedatangan Ramadan dia merancang untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan melakukan ibadat.

"Tawaran masih ada tetapi saya hadkan untuk Ramadan kerana ini peluang saya untuk bersama keluarga dan perbanyakkan ibadat.

"Tetapi ada juga acara yang akan saya hadir termasuk majlis berbuka puasa bersama peminat di Singapura," katanya.

Syamel

Artikel Lain