suria

Siapa boleh bantu? Zulin Aziz hadiahkan RM500

Zulin tawar RM500 untuk dapatkan akaun Instagram rakan baiknya.

PENYAMPAI radio Suria FM, Zulin Aziz menawarkan ganjaran RM500 kepada sesiapa yang boleh membantunya untuk mendapatkan semula akaun Instagram rakan baiknya.

Zulin, 29, berkata pada awalnya dia berjaya mendapatkan IG tersebut namun digodam semula selepas rakannya, Emilie memberikan butiran peribadi kepada penggodam.

Penggodam itu menyamar dengan menggunakan akaun Instafamous kononnya ingin menolong dan menukarkan kata laluan akaun IG tersebut.

"Bulan puasa pun nak 'pendajal' orang. Pagi-pagi Instagram Emelie dah kena godam. Lepas itu, ada orang menyamar pakai akaun Instafamous ni konon nak tolong dapatkan balik.

Status yang dimuat naik Zulin di laman Instagramnya.

"Dalam masa yang sama saya dah pun dapatkan balik IG dia. Emelie dah terbagi semua butiran peribadi pada budak ini.

"Elok-elok Zulin dah dapatkan balik, lepas budak tu dapat butiran, terus tak boleh buka sebab budak ni dah tukar password Gmail.

"Siapa yang dapat bantu, saya hadiahkan rm500. DM saya please," kata Zulin menerusi laman Instagramnya.

Tambah Zulin lagi, biarpun nilai hadiah yang dijanji itu tidak seberapa namun dia berharap akaun laman sosial rakan baiknya itu dikembalikan.

Zulin Aziz.

"Memang nilai ni tak seberapa. saya mohon jasa baik anda juga dapatkan balik Instagram kawan baik saya," katanya.

Menurut beberapa orang pengikut di laman sosialnya, agak sukar untuk mendapatkan semula akaun tersebut jika seseorang itu sudah memberikan butiran peribadi pada penggodam.

"Kalau orang godam akaun kita boleh dapatkan balik. Tapi kalau kita dah bagi details akaun kita semua dan dia dah ubah password serta email tak dapat tolong la.

"Password Gmail kalau dah ditukar 50-50 nak dapat balik... Takut dengan e-mail sekali dia tukar dan nombor telefon," komen pengikutnya.

Zulin Aziz

Artikel Lain