suria

Perkara memalukan Nabila Huda dipaksa jadi penyanyi

Nabila Huda

PELAKON Nabila Huda mendedahkan bahawa tindakannya mencuba nasib dalam bidang nyanyian adalah perkara paling memalukan pernah dilakukan dalam hidupnya.

Nabila, 34, berkata, perkara itu dilakukan secara paksaan daripada keluarga yang menganggap kehidupan akan menjadi lebih mewah dengan menyanyi.

"Saya tak suka menyanyi dan saya tak boleh menyanyi. Single itu adalah benda yang paling memalukan yang pernah saya buat dalam hidup. Worst nightmare!

"Saya dipaksa oleh keluarga untuk hidup lebih mewah katanya. Saya masuk industri ni bukan untuk menjadi kaya raya atau popular," tulisnya di Twitter pada Isnin.

Anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu pernah merakam single berjudul X Ray sekitar tahun 2009.

Luahan Nabila Huda di Twitter pada Isnin.

Pelakon Dendam Aurora ini memberitahu dia hanya mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan memilih bidang itu sebagai satu-satu kerjayanya.

"Pilihan saya adalah untuk menjadi seorang pelakon. Bakat Saya hanya itu sahaja. Tiada yang lain.

"Saya bukan dicipta untuk menjadi seorang penyanyi. Fokus saya hanya satu dan saya akan setia dengan apa yang saya pilih," ujarnya.

Tambahnya lagi, pada usia ini, dia tidak lagi mahu mencuba sesuatu yang baharu sebaliknya mencari masa bersama keluarga.

"Saya sudah pun (umur) 34 tahun dah takde apa lagi nak cuba benda lain. Apa yang saya mahu sekarang ialah masa untuk bersama keluarga, itu sahaja. Saya perlu tidur yang cukup!," katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menolak untuk kembali mencuba bidang nyanyian jika suaranya tiba-tiba bertukar menjadi sedap dan boleh menyanyi dengan baik.

"Tapi mana tau InsyaAllah satu hari nanti, kalau suddenly suara saya magic jadi sedap, hati saya terbuka untuk cuba bidang nyanyian, kenapa tidak?

"Tapi kena make sure la suara tu sedap. Kalau dari minit pertama sampai akhir suara autotune je dalam album, baik tak payah! haha," katanya.

Nabila Huda

Artikel Lain