suria

Amyza tak menang tangan jual telekung kerana ‘Nur’

Amyra Aznan syukur rezeki Ramadan.

GARA-GARA drama popular Nur telekung jenama Kaaia yang dijual oleh aktres Amyza Aznan mendapat sambutan luar jangkaan.

Amyza berkata, dia menerima lebih 100 tempahan selepas watak utama iaitu Amyra Rusli dan Noor Khairiah menggayakan telekung tersebut dalam beberapa babak  drama berkenaan.

“Alhamdulillah ini rezeki Ramadan, saya tidak sangka dan memang tidak buat persiapan untuk terima tempahan dengan kuantiti yang banyak.

“Malah, laman sosial untuk jualan telekung itu pun saya baru sahaja buat. Dua minggu lalu peminat drama itu mula sedar dan mencari telekung tersebut,” ujarnya kepada mStar Online pada Ahad.


Telekung Amyra Aznan dapat sambutan.

Amyza diminta mengulas tentang sambutan terhadap telekung Kaaia by Amyza Aznan yang turut menerima tempias drama Nur.

Drama tersebut yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di TV3 menampilkan pelakon Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azhan Rani, Nurkhiriah dan Raja Atiq.

Amyza bersyukur dan berterima kasih kepada pengarah Shahrulezad yang membenarkan produk jualannya digunakan dalam beberapa babak drama tersebut.

“Saya berterima kasih kepada produksi kerana pakai telekung tersebut dan pengarahnya Shahrulezad ada beritahu saya penonton bertanya bagaimana untuk mendapatkan telekung itu.

“Masa itu baru saya sibuk nak buat promosi di Instagram. Ramai yang buat tempahan hingga ada yang terpaksa saya tolak berikutan Pos Laju sudah tutup untuk penghantaran,” ujarnya.

Amyza Aznan

Amyza berkata, dia kini sibuk menyiapkan beberapa tempahan untuk dihantar selepas Hari Raya Aidilfitri.

Tambahnya, dia turut menerima tempahan dalam kalangan artis dan sedang menyiapkan tempahan dari Fasha Sandha.

“Sekarang sibuk menampal batu untuk tempahan yang di sekitar lembah klang. Nasib baik adik saya ada membantu. InsyaAllah lepas raya nanti saya akan buat penghantaran untuk yang jauh,” ujarnya.

Harga telekung itu dijual dengan harga RM220 di Instagram @Kaaia_by_amyzaaznan.

Nur, Amyza Aznan

Artikel Lain