suria

Artis popular dalam lagu raya terbitan Mydin 'Girang Syawal Tiba'

Girang Syawal Tiba menampilkan penyanyi Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Sissy Iman, Zoey Rahman dan Ernie Zakri.

PASAR Raya Mydin melancarkan muzik video lagu hari raya berjudul Girang Syawal Tiba di Youtube bagi menghangatkan lagi sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Julung kali tampil dengan lagu raya, Mydin melancarkan muzik video itu sejak 8 Jun lalu dan sehingga kini ia sudah pun mendapat 20,000 tontonan.

Menariknya, Girang Syawal Tiba menampilkan paduan suara artis naungan FMC iaitu Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Sissy Iman, Zoey Rahman dan Ernie Zakri.

Lagu itu adalah hasil gubahan komposer Amirah Ali dan lirik oleh Shah Shamsiri.

Dalam pada itu, muzik video lagu itu memperlihatkan semua artis menziarahi warga emas di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong Selangor.

Barisan artis bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali.

Ia memaparkan jalan cerita di mana semua artis terlibat menghabiskan masa bersama warga di rumah jagaan itu dalam menceriakan mereka menjelang ketibaan Syawal.

Malah mereka turut datang membawa barangan daripada pasar raya Mydin untuk diedarkan kepada semua penghuni rumah jagaan itu.

Menariknya, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin turut membuat kemunculan pada penghujung muzik video itu.

"Idea lagu raya untuk pasaraya Mydin mula dibincangkan dengan pihak FMC sejak dua bulan lalu.

"Ia diperkenalkan bagi menghangatkan lagi sambutan hari raya pada tahun ini.

"Pihak kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan artis-artis muda bagi menyanyikan lagu Girang Syawal Tiba," ujarnya kepada mStar Online.

Mydin, Girang Syawal Tiba

Artikel Sebelum

Artikel Lain