suria

Mira Filzah akui mudah dekati Zizan Razak

Mira Filzan memberitahu dia selesa berkawan dengan Zizan. Foto M. AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Pelakon Mira Filzah tidak menolak pelawak Zizan Razak yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya sebagai pemuda paling rapat dengannya buat masa ini.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, berkata, dia menyenangi sikap Zizan yang disifatkan sebagai mudah didekati selain dia senang berkawan dengannya.

"Kami masih lagi berkawan sampai sekarang... dia (Zizan) antara kawan lelaki yang rapat dengan saya.

"Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya," katanya.


Mira kata Zizan antara kawan lelaki yang rapat.

Menurut pelakon drama Rahsia Hati Perempuan ini, dia enggan berkongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadinya kerana ingin menjaga hati keluarga.

"Mungkin salah satu sebab nak jaga hati keluarga. Saya dan dia pun masing-masing ada keluarga.

"Kalau kerap keluar gosip saja, kami okey tapi yang tak seronok keluarga la. Lagi-lagi orang tua kita," ujarnya.

Sebelum ini, Mira dan Zizan dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta namun kedua-dua mengakui hubungan itu hanya sekadar kawan.

Mira Filzah balik beraya di Perak.

Dalam pada itu, Mira masih belum ada kesempatan untuk berbuka puasa bersama keluarganya kerana komitmennya sepanjang Ramadan yang agak padat.

Bagaimanapun kata Mira, dia akan pulang ke kampung halamannya di Perak dua hari sebelum menyambut hari raya Aidilfitri.

"Sekarang ini belum sempat nak berbuka puasa dengan keluarga... Insya-Allah saya akan balik kampung dua hari sebelum nak raya.

"Dapatlah merasa berbuka puasa dengan mereka. Buat masa ini, saya nak kena selesaikan kerja dahulu," katanya.

Mira Filzah, Zizan Razak

Artikel Lain