FOTO yang dimuat naik penyanyi Datuk Sheila Majid bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat perhatian netizen pada malam Sabtu. Sheila, 54, yang berpeluang berbuka dan menunaikan solat tarawih bersama perdana menteri itu dipuji kelihatan anggun memakai hijab tanpa sebarang solekan di wajahnya. "Alhamdulillah dapat berbuka puasa & berterawih dengan Tun Mahathir lagi. Looking good Sir! May Allah SWT bless you with abundance of good health & keep you safe (Semoga Allah SWT memberkati anda dan memberi kesihatan yang baik & menjaga anda dengan selamat. #janganjealous" tulisnya di Instagram. Foto yang dimuat naik Sheila pada malam Sabtu. Rata-rata netizen menyifatkan penyanyi lagu Sinaran itu lebih sopan dan berharap terus mengekalkan penampilan sedemikian. Sheila mengayakan jubah dan tudung berwarna hitam pada sebuah majlis berbuka puasa tersebut. Pada masa sama, penyanyi itu turut memuat naik foto bersama isteri perdana menteri iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar Sheila menyanyikan lagu khas buat Tun M seperti mana lagu Lagenda yang pernah ditujukan buat Tan Sri P Ramlee.