PENDEDAHAN pelakon dan penyanyi Farahdhiya yang pernah menerima gambar lucah remaja lelaki di bawah umur sebelum ini nampaknya masih belum berkesudahan. Ini kerana dedahnya, sehingga kini dia banyak menerima gambar kemaluan lelaki yang dihantar oleh pengikut Instagram yang dihantar menerusi mesej peribadi (DM). "Jujurnya dah banyak kali terima gambar kemaluan lelaki yang dihantar melalui DM, I'm getting sick of it!," tulisnya di InstaStory. Luah penyanyi berusia 34 tahun itu, dia mula berasa jelek dengan perbuatan memalukan itu sehingga merasakan ingin mendedahkan profil penghantar gambar kemaluan kepada umum sebagai pengajaran. Pendedahan Farahdhiya di Instastory. ARTIKEL BERKAITAN: Farahdhiya Terima Foto Lucah Budak 16 Tahun Malah Farahdhiya turut bertanya kepada pengikutnya sama ada dia patut mendedahkan atau pun tidak perbuatan terkutuk itu. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 82 peratus bersetuju Farahdhiya mendedahkan identiti pemilik profil yang menghantar gambar lucah kepadanya. "I rasa I nak kongsi nama orang tu dan gambar 'anu' dia sekali, biar satu Malaysia tengok. "Nak sangat tunjukkan? Should I?," tulisnya lagi. Ini bukan kali pertama dia menerima gangguan berbentuk seksual seperti itu malah pernah menyekat ramai pengikutnya daripada terus menggangunya.