suria

Adam Corrie seorang atheis sebelum peluk Islam

Adam Corrie berkongsi pengalaman pernah bergelar atheis sebelum peluk Islam dengan pengikutnya di Twitter.

PELAKON Adam Corrie mendedahkan dia pernah bergelar seorang atheis iaitu tidak mempercayai kewujudan tuhan sebelum memeluk agama Islam.

Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 50, bagaimanapun mendedahkan sepanjang bergelar seorang atheis kehidupannya berasa sangat kosong dan tiada pegangan sebelum mendapat hidayah daripada Allah untuk mencari kebenaran.

"Saya dilahirkan daripada keluarga agama Budha. Kemudian saya pernah jadi atheis. Tidak percaya pada tuhan.

"Kemudian saya rasa kosong dalam hidup ini. Tiada pegangan dalam hidup. Tapi itulah nama hidayah.

Status yang dimuat naik Adam di Twitter miliknya.

"Apabila kita mencari kebenaran, Allah campakkan hidayah dalam diri ini. Alhamdulillah," kata Adam.

Adam memuat naik perkongsian mengenai penghijrahannya menerusi Twitter dan ia mendapat perhatian netizen.

Rata-rata mereka tertarik dengan kisah perjalanan hidup Adam dan bersyukur kerana pelakon KL Gangster itu antara yang terpilih menerima hidayah daripada Allah.

Malah ada juga segelintir pengikutnya di laman sosial yang memberi pandangan berbeza mengenai perkara itu.

Antara komen positif netizen.

Bagaimanapun, menurut Adam, setiap manusia mempunyai hak untuk bersuara dan mereka juga mempunyai pilihan untuk ke syurga atau neraka.

"Betul... Semua orang ada hak bersuara untuk diri sendiri. Pilihan tersebut ada di tangan kita.

"Nak ke syurga atau ke neraka. Tiada siapa yang memaksa. Pandai-pandailah buat pilihan untuk diri sendiri," katanya.

Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Adam Corrie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain