NAMPAKNYA pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengorak selangkah dalam dunia media sosial apabila mula aktif menggunakan Twitter sejak Selasa. Walaupun sudah memiliki akaun itu sejak Ogos tahun lalu, Rozita atau Che Ta tidak bergiat aktif di laman sosial itu namun memuat naik status pertamanya yang meminta netizen berhati-hati sekiranya ada menulis tentang dirinya. "Hi. Ini official Twitter account Rozita Che Wan. Hati-hati hampa (hangpa - kamu) semua yang dok Tweet pasai kami," tulisnya. Untuk rekod, sehingga kini Twitter menggunakan nama @rozitachewan1 itu mempunyai 265 pengikut manakala pelakon drama Kiah Pekasam itu mempunyai 3.6 juta pengikut di Instagram. Antara status Che Ta di Twitter. Dalam pada itu, menerusi Twit berbeza, Che Ta memberitahu seseorang itu jangan terlalu taksub dalam mahukan perhatian sehingga mengabaikan maruah. Kata Che Ta, dalam kehidupan ini bukan semua perkara untuk dijadikan pameran umum dan ada perkara yang perlu disimpan rapi buat tatapan dan kenangan peribadi. "Begitulah dalam kita rancak bermain sosial media, jangan semua dilihat sewenang-wenangnya boleh ditayangkan demi meraih keghairahan ramai. Adakalanya kita lupa, sisi peribadi itu juga perlu ditutup demi menjaga aib atau khilaf manusia. "#ThreadRCW Sama sama kita istiqomah dan bijak menggunakan media sosial. Jangan sampai semua itu yang mengawal diri dan kehidupan kita. Walahualam," tulisnya.