SETELAH sekian lama 'berlaga angin' pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa syukur akhirnya kemelut antara suaminya, Azmi Hatta dan bekas isteri iaitu Elly Mazlein sudah berakhir. Faye, 32, berkata dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Elly yang sudi berdamai demi masa depan anak penyanyi itu dengan suaminya, Putri Sara Sepfhia. "Alhamdulillah, saya pun bersyukurlah sebab doa-doa dan harapan kami dimakbulkan. ARTIKEL BERKAITAN: Elly luah rasa syukur, mahu berbaik dengan Azmi & Faye demi anak "Saya pun nak ucap terima kasih pada Elly sebab sudi berdamai demi masa depan anak dia dan Azmi," kata Faye ketika dihubungi mStar Online pada Selasa. Elly dan bekas suaminya, Azmi berdamai demi anak mereka. Faye diminta mengulas mengenai luahan rasa syukur Elly Mazlein apabila Azmi berkunjung ke kediamannya bagi menziarahi anak mereka Sefhia yang kini berusia dua tahun. Tambah Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, dia sangat gembira sekiranya dia juga dapat berjumpa dengan Elly dan Sefhia. Malah, dia tidak akan pernah berhenti mendoakan agar hubungan baik mereka itu berpanjangan sehingga akhir hayat. "Insya-Allah sudah tentu saya gembira kalau dapat bertemu dengan mereka. Sefhia juga anak suami saya. Itu adalah satu hakikat dan penerimaan saya dari awal lagi. Faye sambut hari lahir bersama keluarganya. "Saya tak akan putus berdoa dan mengharapkan agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat," ujarnya. Kemelut hubungan Elly dan bekas suaminya menjadi hangat selepas pasangan itu bercerai dan pelakon drama Teratai Kemboja itu mendakwa Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Azmi kemudian berkahwin dengan Faye pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup di kondominium D'Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat. Faye masih aktif dalam bidang seni biarpun sudah bergelar ibu. Azmi dan Faye dikurniakan bayi sulung lelaki mereka bernama Alif Azmi pada 9 April lalu. Dalam pada itu, Faye akui kehidupannya agak sibuk selepas bergelar ibu namun dia masih bergiat aktif dalam bidang seni. "Memang agak sibuk selepas ada anak ni. Tapi Insya-Allah kerjaya seni masih diteruskan. "Cuma belum ada tawaran. Mungkin orang ingat bila dah ada anak dan berkahwin, saya perlahan. Sebenarnya saya masih bergiat aktif juga," katanya.