suria

Fasha Sandha enggan panjangkan isu video peluk, cium Aidil Aziz

Fasha Sandha kini dikaitkan dengan aktor Aidil Aziz.

PETALING JAYA: Ketika pelakon Fasha Sandha cuba menafikan percintaannya dengan aktor Aidil Aziz, sebuah rakaman video mereka berpelukan dirakam orang awam yang kini tular seakan-akan menjadi bukti hubungan sebenar mereka.

Namun, menjawab persoalan itu Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, bagaimanapun belum bersedia untuk memberi komen mengenai hubungannya dengan Aidil dan juga video berkenaan.

“Saya tak nak komen lebih lanjut mengenai video yang tular itu dan saya tak akan komen apa-apa. Tak nak memanjangkan lagi isu itu.

Fasha berkata hubungannya dengan Aidil pada peringkat kawan baik. Foto: Instagram Fasha.

“Buat masa sekarang saya tak bersedia lagi nak bercakap tentang hubungan kami,” kata Fasha kepada mStar Online.

Fasha ditemui ketika hadir pada malam gala filem Blok 404 di The Curve, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Fasha mengakui dirinya masih ‘single not available’ dan pelakon itu adalah kawan lelaki yang rapat dengannya.

“Memang dia adalah kawan lelaki yang rapat dengan saya. Itu sahaja yang boleh saya komen dan beritahu. Sekarang ini saya masih single but not available,” ujarnya.

Gosip kononnya Aidil dan Fasha menjalinkan hubungan ‘istimewa’ mula hangat diperkatakan selepas mereka sering dilihat bersama kebelakangan ini.

Fasha akui mereka berkawan baik sejak Aidil bekerja dengannya untuk sitkom Mamu Mami Gosip pada awal tahun ini.

Aidil, 29, pula sebelum ini pernah melalui detik-detik kontroversi selepas ditahan selama dua bulan di penjara atas kesalahan berkaitan dadah hujung tahun 2016.

Fasha Sandha, Aidil Aziz

Artikel Lain