suria

Mila Jirin tolak hasrat suami berikan Mini Cooper dengan alasan malas memandu

Mila Jirin bersama suami dan anak mereka,

PENYANYI Mira Jirin menolak hasrat suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha yang ingin membelikannya sebuah kereta jenis Mini Cooper selepas mereka memiliki nombor plat daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) bernombor A1M174.

Mila atau Norsyamilla Jirin, 31, berkata, dia menolak idea itu kerana sikap dia yang malas memandu selain suaminya tidak membenarkan dia memandu kereta.

"Tanda sokongan kepada Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) atau kini dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) saya dan suami membeli nombor plat ini, A1M174.

"Dah beli pening tak tahu nak letak mana plat itu. Encik suami nak belikan Mini Couper tapi Cik Isteri tak nak (hahaha sebab malas memandu dan ada orang tu tak benarkan cik isteri pandu kereta) @isz_mustapha," katanya di Instagram.

Sebaliknya kata Mila, dia mencadangkan kepada suaminya untuk membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson yang disifatkan sebagai hobi baru mereka suami-isteri.

Suami Mila membeli Harley Davidson.

"Akhirnya, fikir punya fikir cadangkan pada encik suami, 'apa kata kita cari hobi baru', jadi terlahirlah ilham untuk kami beli Harley Davidson ini.

"Walaupun macam-macam jenis Harley, pergi tengok sampai ke Melaka, akhirnya #Roadking jadi pilihan encik suami dan cik isteri okay je!," ujarnya.

Sementara itu, Mila turut menyeru rakan-rakan artis agar membuat pembelian nombor plat terhad YKAT bagi tujuan mengumpul dana membantu anak seni dan rakan-rakan memerlukan.

"Jom rakan rakan selebrtiti lain, kita bagi sokongan pada YKAT dengan membeli nombor plat A1M untuk YKAT mengumpul dana membantu anak seni dan rakan-rakan yang memerlukan #InsyaAllah moga usaha murni YKAT dipermudahkan oleh Allah #Amin," tulisnya lagi.

Mila Jirin

Artikel Lain