suria

Ummi Nazeera cari jalan hadapi kemurungan, sakit mental

Ummi Nazeera pernah alami masalah kemurungan.

PELAKON Ummi Nazeera mendedahkan dia pernah berdepan dengan masalah kemurungan dan penyakit mental ketika tahun pertama di pusat pengajian tinggi di luar negara.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 27, berkata, dia mengalami gejala penyakit itu dan masalah kurang tidur sehingga dia mencari jalan untuk mendapatkan bantuan daripada ahli terapi.

"Penyakit mental atau kemurungan adalah benar, cari bantuan. Jujur, saya mempunyai sedikit masalah itu ketika tahun pertama saya di Universiti. Mungkin disebabkan rindu.

"Saya sentiasa mencari kepuasan. Namun gagal mencari apa yang saya cari. Saya mempunyai masalah tidur. Jadi apa yang saya lakukan adalah mencari bantuan. Saya bertemu dengan ahli terapi," ujarnya.

Ummi mendedahkan jumpa ahli terapi atasi kemurungan.

Dalam pada itu Ummi menambah, ahli terapi meminta dia meluahkan segala masalah dengan menulisnya dalam sebuah buku jurnal.

Katanya, selain itu, dia juga diminta untuk mendekatkan diri kepada ajaran Islam.

"Alhamdulillah, Ia membuat saya berasa lebih baik dan tentu sahaja Islam.

"Tiada siapa yang akan mengasihi anda lebih daripada Pencipta anda. Saya belajar bersyukur dengan apa yang saya miliki dan itu menjadikan saya lebih bahagia," ujarnya.

Ummi Nazeera

Artikel Lain