PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik video detik manis ketika isterinya Bella Astilallah melahirnya cahaya mata pertama mereka iaitu Ayden Adrean yang kini berusia setahun. Aliff menerusi posting berkenaan mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka setahun lalu. "Hari ini tepat 1 tahun lalu, hadiah dari Allah yang merubah hidup saya. Ia hari pertama Ayden di dunia ini. Terima kasih ibu untuk kesakitan dan kesungguhan melahirkan Ayden. "Selamat hari jadi kepada Ayden Adrean, kamu membawa kebahagian dalam kehidupan dan ayah doakan agar kamu membesar dengan baik dan sihat. Ayah dan ibu sayang kamu. "Terima kasih Bella atas pengorbanan dan kesabaran dalam setiap jatuh bangun. Semoga Allah sentiasa membimbing kita untuk hidup sejahtera bersama-sama," ujarnya. Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 26 dan Bella, 23, berkahwin pada 9 September 2016. Exactly this day 1 year ago, a great gift from God changed my life. It was Ayden’s first day in this world. Thank you mummy @bellaastillah for the pain and struggle she pulled thruout the ordeal. It’s considered as your birthday too because you gave birth to our baby. May Allah bless and protect both of you always. Happy 1st birthday my little buddy! @aydenadrean17 You bring undescribable joy into our lives i pray you grow up well and healthy and wise. Daddy and Mummy loves you so much! ❤️ To mummy @bellaastillah thank you for the sacrifices and patience thru every up and down love. May Allah always guide us to a prosperous life together. Amin. #MrAndMrsAliffAzizJrTurns1 #AydenAdrean #080717 #150394 A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on Jul 7, 2018 at 11:40pm PDT Video berdurasi kira-kira satu minit itu mendapat perhatian netizen sehingga kini mencecah lebih satu juta tontonan. Rata-rata netizen sebak dengan suasana ketika wanita itu selamat melahirkan anak mereka. Segelintir juga mengucapkan tahniah dan meminta Aliff terus menghargai pergorbanan isterinya itu. Mereka berharap pelakon Halalkan Hati Yang Kau Curi itu tidak menimbulkan sebarang kontroversi yang melukakan hati isterinya. "Sakit tau melahirkan anak, hargai penat lelah isteri dan jangan sakiti hatinya lagi," ujar netizen. Aliff sebelum ini terpalit dengan kontroversi apabila dia 'kantoi' dengan isterinya Bella Astillah ketika bersama pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke. Kejadian itu berlaku ketika isterinya itu masih lagi dalam pantang selepas melahirkan anak pertama mereka.