suria

Jalin cinta jarak jauh, Reen Rahim belum rancang kahwin

Reen Rahim akui kini sedang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh dengan lelaki yang dikenali sebagai Mr AR. Foto Instagram: @reenrahim.

SHAH ALAM: Pelakon Reen Rahim memberitahu dia dan kekasihnya masih dalam proses mengenali hati budi dan belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 30, bagaimanapun berkata, dia dan lelaki istimewa itu sudah bertemu dengan kedua-dua belah keluarga.

"Keluarga kami pun dah pernah berjumpa. Tapi kami masih dalam proses mengenali satu sama lain.

"Kami belum ada sebarang perbincangan pun mengenai soal perkahwinan ini," kata Reen kepada mStar Online.

Reen ditemui ketika majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache's, Seksyen 26, di sini pada Jumaat.

Reen kini bahagia bersama kekasih.

Tambah Reen lagi, dia mengenali lelaki yang hanya dikenali sebagai Mr AR itu menerusi rakan-rakan.

Malah pada syawal yang lalu, Reen bercuti bersama lelaki itu dan keluarganya selama dua minggu di London.

"Saya kenal dia daripada rakan-rakan. Pada hari raya ketujuh, saya pergi bercuti di London bersama dia serta keluarganya selama dua minggu," ujarnya.

Reen berkata, dia menjalinkan hubungan cinta jarak jauh memandangkan lelaki itu kini bekerja dan menetap di Scotland.

Reen Rahim.

Menurut pelakon drama bersiri Suri Ram ini, dia berasa selesa bersama jejaka itu biarpun jauh terpisah.

"Setiap hari kami akan membuat panggilan video untuk berinteraksi.

"Saya selesa dengannya kerana dia tak pernah buat saya rasa jauh walaupun kami terpisah beribu batu," katanya.

Reen sebelum ini pernah kecewa putus cinta selama dua tahun sebelum bertemu lelaki berusia 28 tahun itu.

Reen Rahim

Artikel Lain