suria

12 artis terkenal pamer bakat dalam ‘Dapur Chef Zam’

Chef Zam bergandingan dengan rakan-rakan artis dalam Dapur Chef Zam.

PETALING JAYA: Seramai 12 artis popular tanah air bakal mempamerkan kebolehan mereka beraksi di dapur menerusi program masakan terbaharu, bermula Ahad ini.

Program yang dinamakan Dapur Chef Zam itu akan dikendalikan oleh chef selebriti terkenal, Chef Zamzani Abdul Wahab dan bakal membawa penonton menerokai pelbagai resipi menarik sepanjang bersiaran selama 12 episod.

12 artis yang diundang beraksi dalam Dapur Chef Zam kali ini dibarisi nama-nama besar seperti Neelofa, Datin Seri Umie Aida, Azrel Ismail, Saharul Ridzwan dan Zulin Aziz.

Chef Zam bersama Neelofa

Turut diundang, Amber Chia, Izzue Islam, Mark Adam, Adibah Noor, Haiza, Zara Zya dan Arja Lee.

Ia bakal disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 9.30 pagi di TV Okey yang boleh ditonton menerusi saluran 109 Astro dan 110 MyTV.

Selain mengendalikan rancangan itu sebagai chef dan pengacara, Chef Zam juga bertindak sebagai penerbit.

Menerusi setiap episod, penonton akan dihindangkan dengan tiga segmen berbeza iaitu Bakar dan Panggang, Ala Fusion dan Manis!.

Mark Adam pun tak melepaskan peluang tunjuk kemahiran memasak.

"Setiap segmen akan menampailkan pelbagai pilihan masakan. Contohnya untuk Bakar dan Panggang, pilihan bahan masakan ialah dari daging, ayam dan juga makanan laut.

"Sewaktu memasak saya akan memberikan tip-tip serta teknik masakan yang betul.  Artis jemputan turut membantu melakukan tugas memasak sambil berbual-bual dengan saya.

"Ala Fusion pula cara memasak menu tradisional yang dimodenkan manakala dalam segmen Manis, saya akan menghidangkan menu pencuci mulut seperti aiskrim, puding, pelbagai jus buah-buahan dan brownies," katanya.

Antara masakan berasaskan ikan disediakan oleh Chef Zam.

Apa yang menarik, program secara santai dan bersahaja ini akan memberi tunjuk ajar kepada penonton untuk membuat transformasi hidangan yang dipanggil fusion dengan menyuntik elemen baharu dalam juadah tradisional.

Selain perkongsian resipi dan cara memasak, Chef Zam juga akan memberikan tip serta teknik masakan yang bermanfaat buat penonton. 

Chef Zam, Dapur Chef Zam

Artikel Lain