suria

Syura nafi buat pembedahan bibir tapi...

Syura nafi melakukan pembedahan pada bahagian bibirnya untuk kelihatan lebih mungil. Foto: LOW LAY PHON.

PENYANYI Syura Badron menafikan dia ada melakukan pembedahan pada bibirnya seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Bagaimanapun, Syura nama sebenarnya Zuraidah Badron, 33, mengakui ada menggunakan produk lips plumper untuk mungilkan bibirnya.

"Saya tak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik pada diri dan tak pernah melakukan suntikan di bibir.

"Kalau ikutkan, bibir saya sememangnya tebal bahagian bawah. Saya akui ada memakai produk untuk mungilkan bibir.

"Produk lips plumper tu saya gunakan dalam 30 saat sebelum memakai gincu dan menjadikan bibir saya lebih tebal," kata Syura kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyakit misteri sudah pulih, Syura kurus kerana diet


Perubahan fizikal Syura yang ketara kini (kiri) dan dahulu.

Syura diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan mengatakan dia seperti membuat pembedahan pada bibirnya untuk kelihatan mungil.

Menerusi laporan tersebut, agak mustahil perbezaan bentuk bibirnya disebabkan proses kurus yang dilaluinya kini atau kesan khas solekan.

Tambah Syura, dia tidak akan melakukan sesuatu atau memakai produk yang akan membahayakan dirinya.

"Saya memang suka mencuba sesuatu yang baru untuk cantikkan diri. Tapi sebelum cuba produk itu, saya akan pastikan ia tidak membahayakan diri.

"Takkan la saya nak buat pembedahan plastik yang boleh memudaratkan diri saya sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini akui pernah dituduh mengambil dadah disebabkan keadaan badannya semakin kurus.

Syura Badron.

Menurut Syura, dia sudah lali dengan tuduhan tersebut dan tidak kisah dengan gosip sebegitu selagi ia tidak menjatuhkan maruahnya.

"Sebelum ini pun ada macam-macam orang kata pasal saya. Ada yang kata saya kurus sebab ambil dadah.

"Sedangkan saya tak pernah ikut jalan mudah untuk dapatkan sesuatu. Saya sendiri tidak sedar diet yang saya lakukan ni sampai boleh jadi kurus seperti sekarang.

"Tapi saya tak kisahlah gosip-gosip fasal saya. Janji tidak sampai menjatuhkan maruah saya," katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada 30 Mei lalu, Syura berjaya menurunkan berat badannya kepada 48 kilogram daripada 60 kilogram dengan mengikut cara diet yang betul.

Syura Badron

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan