suria

“Suka hati la! Apa masalahnya?” - Foto ‘throwback’ Intan undang kemarahan

Intan muat naik foto kenangan bekas suami bersama anak-anak.

BEKAS isteri kepada Ude iaitu Intan Liana Saleh berang apabila ada individu yang kurang senang apabila dia memuat naik foto kenangan bekas suaminya itu bersama anak-anak mereka di laman sosial Instagram miliknya pada malam Isnin.

Intan berkata, tindakan itu bukan suatu perkara yang salah kerana ia hanya sekadar gambar kenangan ketika dia masih menjadi isteri kepada Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid.

"Suka hati nak letak gambar throwback ke apa... apa masalah sis? Aku nak letak gambar kenangan aku bersalin suami dulu teman pun boleh la. Gambar kahwin aku pun boleh... Apa masalahnya?" tulis Intan.

Intan berkata demikian selepas dia memuat naik foto Ude bersama anak-anaknya dengan kapsyen bahawa lelaki itu adalah bapa kepada anak-anak berkenaan.

Intan muat naik luahan emosinya di Instagram malam Isnin.

"Tb (throwback) je pun bukan tibai (rampas) laki (suami) orang sah-sah bapa anak-anak aku juga. Sorry terkasar bahasa sikit," ujarnya.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Intan yang menganggap wanita itu akhirnya berani bersuara.

Dalam pada itu, Intan berkata, dia berdiam selama ini adalah atas pilihannya dan bukan kerana termakan budi mana-mana pihak.

"Konon selama ini aku tak berani bersuara kerana banyak makan budi kau, tolong sikit, nak ke aku bersuara?" soalnya.

Tambah Intan dia juga bersedia untuk bertemu individu yang dimaksudkan itu jika ada perkara yang masih tidak selesai.

Intan muat naik foto bekas suami bersama anak-anak.

Katanya, dia tidak mahu lagi mendengar tentang perkara buruk yang hanya mengundang fitnah semata-mata.

Awal tahun ini, nama Intan menjadi perhatian apabila perkahwinan kedua Ude dengan aktres Izreen Azminda terbongkar.

Bagaimanapun Ude menceraikannya dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1 tahun, manakala Ude dan Izreen berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

Intan Liana, Ude, Izreen Azminda

Artikel Lain