suria

Penat nak jelaskan... anak dalam perut Mia Ahmad tak lemas!

Mia Ahmad bakal menimang cahaya mata lelaki.

PELAKON Mia Ahmad berang dengan tindakan netizen yang sering mempersoalkan pemakaiannya ketika sedang hamil.

Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 29, berkata, kebanyakkan yang menulis komen negatif tidak mengetahui terdapat pakaian khas yang direka untuk wanita mengandung.

"Penat nak jelaskan banyak kali apa itu maternity outfit (pakaian orang mengandung). Saya faham ada yang prihatin tapi macam mana pula kita ni nak faham sejenis individu yang tidak buat kajian main nak kritik sahaja.

"Baju dan seluar untuk wanita hamil dah banyak dijual di pasaran tapi masih ada juga yang tak tahu," ujarnya kepada mStar Online.

Mia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang komen-komen netizen yang menegur tentang pemakaian seluar jean dikatakan tidak sesuai.

Mia tutup ruangan komen elak perbalahan netizen tentang pemakaiannya. 

Bagaimanapun, pelakon Hati Perempuan ini menegaskan seluar itu selesa dan tidak menjejaskan kandungannya yang kini sudah berusia sembilan bulan.

"Mereka tegur kata nanti bayi saya lemas dalam perut kalau pakai macam tu. Mula-mula saya biarkan sahaja malas nak layan kerana kadang-kadang emosi kita yang tengah hamil ni tak stabil.

"Tapi saya rasa kena tegur juga dalam masa yang sama ramai juga ibu-ibu yang sedang hamil bertanya tentang baju-baju dan seluar yang saya pakai itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Mia berkata, dia menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbahalan dalam kalangan netizen yang masih mempersoalkan perkara berkenaan.

Katanya, kebanyakkan yang menulis komen itu daripada individu yang masih bersekolah dan belum pernah melalui proses kehamilan.

Mia dan suaminya Izham teruja menanti cahaya mata pertama.

"Ramai yang komen pun budak-budak dan yang belum pernah mengandung sebab itu mereka tidak tahun kewujudan baju-baju khas untuk wanita hamil," ujarnya.

Sementara itu, Mia yang bakal melahirkan bayi lelaki itu mengakui teruja dan berdebar untuk menjadi seorang ibu.

Katanya, dia kini sudah membuat persiapan untuk menyambut ahli keluarga baharu tidak lama lagi.

"Insya-Allah tidak lama lagi saya akan bersalin, perasaan berdebar dan teruja nak lihat cahaya mata pertama kami ini.

"Nama masih belum buat keputusan untuk pilih yang mana ada beberapa nama dalam senarai," ujarnya.

Mia berkahwin dengan penjaga gol bola sepak pasukan JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Mia Ahmad

Artikel Lain