suria

“Duduk dapur, cuci tandas pun boleh gembira” - Syafie Naswip

Syafie berpendapat kekayaan sebenar adalah membahagiakan orang tersayang dan menghargai kehidupan. Foto Instagram @syafienaswip

STATUS pandangan seorang pengguna Twitter mengenai golongan berada yang menjadikan luar negara sebagai destinasi pilihan bagi menenangkan emosi terganggu mengundang pelbagai komen dalam kalangan netizen.

Ini termasuk pelakon berbakat besar, Syafie Naswip yang tidak bersetuju dengan perkara itu kerana merasakan percutian tidak melambangkan status seseorang individu.

"Kalau kau duduk dapur, cuci tandas sekalipun tetapi kau gembira maka semuanya akan jadi baik," tulisnya di Instagram.

Menerusi status wanita itu, dia membayangkan keseronokan menjadi golongan berada dan tidak seperti dirinya, sekiranya merajuk, bilik tidur, dapur dan tandas adalah pilihan terbaik.

Pandangan Syafie mengenai status seorang pengguna Twitter.

Bagaimanapun luahan itu dipercayai merujuk kepada drama tempatan yang menggambarkan situasi itu dalam jalan ceritanya.

"Bestnya jadi orang kaya. Bila merajuk sikit, terus pergi luar negara. Aku ni merajuklah macam mana sekalipun tetap repeat bilik, dapur, tandas," tulisnya.

Dalam pada itu, Syafie berkata, kekayaan yang sebenarnya adalah apabila seseorang itu cuba membahagiakan orang lain dan menghargai kehidupan seharian.

"Lain orang, lain pandangannya. Pada aku, biar kaya kasih sayang, melancong tidak bermaksud kau kaya, tetapi cara kau membahagiakan untuk orang yang kau sayang dan menghargai kehidupan," tulisnya.

Syafie Naswip

Artikel Lain