suria

Jangan tanya asal-usul anak angkat, mereka tak berdosa -Abby Abadi

Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal Zakaria bersama dua anak angkat mereka. Foto Instagram @abby_abadi112.

PELAKON Abby Abadi meminta mana-mana pasangan yang berhasrat untuk mengambil anak angkat tidak membangkitkan status asal-usul mereka sebelum dilahirkan.

Abby berkata, soal itu tidak penting kerana bayi yang dilahirkan tidak berdosa dan menjadi tanggungjawab penjaganya untuk mencorakkan kehidupan mereka.

"Untuk anak-anak yang dicarikan ibu-bapa penjaga ini, tak perlulah ditanya status mereka. Seribu satu macam masalah dalam dunia ini... tak terulis di sini.

"Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ini beragama dan kenal Allah atau sebaliknya... Wallahuallam," tulisnya.

Abby mendedahkan dia mengambil seorang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh pada Jun lalu.

Perkongsian Abby di Instagram.

Sebulan kemudian Abby sekali lagi diberikan rezeki anak apabila dia mengambil seorang bayi perempuan yang diberi nama Maisara Dayana Fathia.

Abby turut mempunyai tiga anak kandung iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.

Dalam pada itu, Abby menyeru kepada wanita yang sedang hamil tetapi tidak berkemampuan menjaga bayi mereka agar mencari Abby daripada mengambil jalan melakukan perkara tidab baik kepada bayi masing-masing bagi mengelak masalah.

Kata Abby, dia sentiasa terbuka untuk membantu kerana percaya setiap permasalahan itu pasti ada penyelesaian daripada mengambil jalan singkat.

Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung, akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga bayi itu, cari saya.

"Di mana sahaja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ya adik, kakak ya.

"Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi Allah ini," katanya.

Abby Abadi

Artikel Lain