suria

“Saya tak nazak, pandai-pandai jer cakap hidup tak lama” - Ardell Aryana

Ardell dikhabarkan menghidap penyakit kanser.

PELAKON Ardell Aryana memberitahu keadaan kesihatannya tidak seteruk yang difikirkan netizen.

Pelakon yang dikhabarkan menderita kanser itu berkata, penyakit yang dihidapinya belum sampai tahap kritikal mahupun nazak.

Dia bagaimanapun mengakui ajal dan maut itu ketentuan Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell kini berkerusi roda, netizen beri kata semangat

"Ajal maut bukan di tangan kita dik, bukan sebab penyakit je boleh meninggal, orang sihat pun boleh meninggal, sakit biasa-biasa pun boleh meninggal.

"Jangan la tanya soalan macam ini ok. Akak tak nazak, soalan adik yang nazak sangat akak baca. Pandai-pandai je cakap hidup  tak lama," ujarnya.

Ardell jawab soalan netizen.

Ardell menjawab beberapa soalan yang dihantar kepadanya melalui mesej peribadi dan emel.

Soalan tersebut mengenai tindakannya selepas mengetahui jangka hayat dia untuk hidup tidak panjang.

Selain itu, pelakon Cinta Hati Batu ini juga menjawab tentang jodoh dan bila dia akan berkahwin.

Katanya, selain ajal, jodoh juga rahsia yang tidak diketahui oleh manusia.

"Kalau ajal je di tangan Tuhan inikan pula jodoh. Kalau Tuhan kata panjang umur panjang lah jodoh, kalau takde maka takde la," ujarnya.

Ardell sebelum ini dikatakan berkerusi roda.

Dalam pada itu, Ardell berkata, kakak kandungnya terpaksa mengambil cuti selama empat bulan untuk menjaganya di rumah.

Tambahnya, untuk menghargai usaha itu, dia perlu bangkit menjalani kehidupan seperti biasa.

"Saya punya kakak kandung sendiri terpaksa ambil cuti 4 empat bulan di tempat keje di hospitalnya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah.

"Dia bawa saya ke sana ke mari bekerja, menjahit, memasak... Saya ok je bukannya sakit ape sangat tapi akak risau. Saya masih ada kaki untuk berjalan ok," tulisnya.

Sebelum ini, Ardell menimbulkan spekulasi apabila dikatakan menghidap kanser tahap tiga.

Status yang dimuat naik di laman sosial Ardell yang seakan-akan menggambarkan keadaannya kini menguatkan lagi andaian itu.

Bagaimanapun, sehingga kini usaha mStar Online untuk mendapat kenyataan Ardell tidak berjaya dan dia masih mendiamkan diri.

Sebelum ini, pelakon Nadzmi Adhwa memuat naik status di laman Instagramnya menasihati Ardell supaya tidak cepat mengalah dengan ujian Allah.

Ardell Aryana

Artikel Lain