suria

Liat bayar hutang punya fasal, Daler Yusuf dedah Sherzod bukan adiknya

Daler jelaskan Sherzod hanya kawan baik sahaja.

DULU mengaku adik-beradik sekarang lain pula? Pelakon Daler Yusuf menjelaskan dia dan model Sherzod Yusuf bukanlah adik-beradik kandung atau mempunyai sebarang pertalian darah seperti dikatakan sebelum ini.

Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Muhammad, 27, menerusi laman Twitter berkata, mereka hanya berkawan baik ketika sama-sama memulakan kerjaya di Malaysia.

"Salam semua, saya sedar apa yang sedang hangat di Twitter berkaitan Sherzod. Saya ingin jelaskan tentang perkara ini.

"Saya dan dia hanya kawan baik sejak kami berdua sama-sama memulakan kerjaya di Malaysia. Tapi kami bukan adik beradik kandung. Sherzod dan saya membesar di tempat berlainan di Uzbekistan dan kami menghormati satu sama lain seperti adik-beradik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Daler Yusuf Ada Ke Permit Kerja?

ARTIKEL BERKAITAN: Kelakar Ke 'Prank' Pegang Tangan? - Daler Tegur Adik


Daler menjelaskan perkara itu di Twitter miliknya.

Daler tampil menjelaskan perkara itu selepas Sherzod didakwa berhutang dan liat untuk membayar hutang kepada seseorang individu.

Individu berkenaan menyebarkan perkara berkenaan berikutan gagal menghubungi Sherzod yang dipercayai sudah meninggalkan negara ini.

Tambah Daler, dia sudah pun menghubungi serta meminta Sherzod menyelesaikan perkara berkenaan secepat mungkin.

"Saya sudah mesej dan bercakap dengan dia secara baik tentang masalah yang sedang berlaku. Dia juga akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan hal itu," ujarnya.

Daler (kanan) minta tidak dikaitkan lagi dengan Sherzod.

Sementara itu, pelakon drama Encik Suami Mat Salleh Celup itu meminta orang ramai berhenti mengaitkan dirinya dengan perkara salah yang dilakukan lelaki itu.

Dia juga meminta maaf jika terdapat salah faham terhadap perkara berkenaan sehingga menyangka mereka mempunyai hubungan adik-beradik.

"Saya harap orang ramai tidak tag saya lagi untuk menyelesaikan perkara ini dan saya tidak bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan," ujarnya.

Sebelum ini, 9 Ogos tahun lalu, Daler melalui temubual mStar Online mengakui dia dan Sherzod merupakan adik-beradik.

Kedua-dua mereka mempunyai permit untuk bekerja  dan belajar di negara ini.

Daler Yusof, Sherzod Yusof

Artikel Berikut

Artikel Lain