PELAKON Nabila Huda enggan mengulas isu hubungan dengan dia ibu tirinya Nourish selepas memuat naik status kontroversi baru-baru ini. Nabila berkata, dia tidak mahu membesarkan perkara berkenaan demi menjaga hati ramai pihak. “Kalau boleh saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu. Cuma saya minta doakan sahaja yang baik-baik. ARTIKEL BERKAITAN: Perkara memalukan Nabila Huda dipaksa jadi penyanyi ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen ‘zaman nenek kau’ Nabila Huda dikritik Nabila dan bapanya, Amy Search. “Apa yang saya boleh cakap saya rindu ayah saya, dah tiga tahun sudah tak jumpa dia,” ujarnya kepada mStar Online. Nabila ditemui pada pelancaran drama KL Gengster Underworld, di restoran Suzie Wong, pada Rabu. Pada Jun lalu, Nabila memuat naik status di InstaStory mendedahkan ibu tirinya itu sebagai punca hubungannya dengan ayahnya yang juga vokalis kumpulan Search, Amy, renggang sehingga kini. Dalam pada itu, ditanya tentang kritikan terhadap fesyen yang digayakan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2018) Ahad lalu, Nabila berkata, dia bukan seorang yang suka berfesyen. Pelakon Dendam Aurora ini berkata, dia memakai skaf tersebut berikutan tiada masa untuk menghias rambutnya. Imej Nabila ketika hadir pada KL Fashion Week 2018 yang mendapat kritikan. “Saya seorang yang sederhana dan tidak suka berfesyen pun, saya pakai skaf sebab malas untuk menghias rambut. “Lagi pun saya jarang pergi majlis fesyen kecuali atas jemputan rakan-rakan. Kalau ikutkan saya lebih suka duduk rumah sahaja,” ujarnya. Tambah Nabila, dia tidak terkesan dengan komen-komen negatif netizen, sebaliknya menganggap ia sebagai hiburan sahaja. “Saya tidak tutup ruangan komen kerana seronok membaca mereka yang komen itu sebenarnya tiada kehidupan. Biasanya saya gelak-gelak sahaja bila baca komen mereka,” ujarnya.