suria

Lagu cinta untuk orang lain, lagu ketuhanan untuk diri sendiri - Ikhwan Fatanna

Ikhwan selesa membawa lagu berkonsepkan ketuhanan yang lebih santai.

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu yang dikenali dengan lagu Bismillah iaitu Ikhwan Fatanna masih ingin mengekalkan konsep ketuhanan dalam karyanya yang lebih santai.

Ikhwan, 28, berkata dia hanya menghasilkan lagu-lagu berkisahkan cinta untuk dinyanyikan penyanyi lain.

"Sebenarnya kebanyakkan lagu yang saya tulis mengenai cinta, saya akan berikan kepada penyanyi lain untuk menyanyikannya.

"Kalau untuk saya sendiri, memang lebih selesa dengan konsep ketuhanan yang lebih santai.

"Saya masih kekalkan konsep itu sebab tak ramai yang buat genre muzik itu. Ramai penyanyi pilih genre balada," kata Ikhwan kepada mStar online.


Ikhwan hasilkan lagu berkonsepkan cinta untuk penyanyi lain.

Ikhwan ditemui ketika majlis pelancaran video muzik single ketiga Amir Masdi iaitu Puas di Redbox, The Gardens Mall di sini pada Selasa lalu.

Menurut Ikhwan, single ketiga Amir yang dicipta bersama Ayden Ali itu lebih sesuai untuk dikaitkan dengan merintih kerana mudah dekat dengan pendengar.

"Lagu Puas itu mempunyai perasaan dan sesuai untuk dikaitkan dengan jiwang atau merintih.

"Sebab itu, saya berikan kepada Amir untuk single ketiga dia. Lagu itu pun senang dekat dengan pendengar," ujarnya.

Dalam pada itu, selepas lagu Bismillah menerima sambutan yang baik kini Ikhwan tampil dengan single terbaharu berjudul Jannah.


Ikhwan Fatanna.

Menurut Ikhwan, lagu tersebut mempunyai konsep yang sama dengan lagu terdahulu namun ianya lebih rancak serta menonjolkan vokalnya.

"Selepas lagu Bismillah diterima, saya keluarkan lagu terbaharu berjudul Jannah pada 25 Mei lalu.

"Harapan saya agar dapat sambutan yang sama macam lagu sebelum ini. Lagu itu masih kekalkan Konsep yang sama.

"Tapi susunan muzik yang lebih rancak dan dalam pada masa yang saya dapat tonjolkan vokal saya," katanya.

Ikhwan Fatanna, Amir Masdi

Artikel Lain