PELAKON Elfira Loy menerusi laman sosialnya memberitahu ada pihak cuba menjatuhkan dirinya dengan pelbagai cara termasuk sanggup menyebarkan fitnah. Katanya, pihak itu mendedahkan kesalahan yang mungkin betul atau salah terhadap dirinya dengan tujuan tertentu. "Kalau orang nak jatuhkan orang lain dia akan usaha pelbagai cara untuk membuat orang percaya kepada fitnah. ARTIKEL BERKAITAN: Jawapan ‘win’ Elfira Loy apabila dituduh perosak rumah tangga Nazim-Bella "Begitu yakin membentangkan kesalahan dan kesilapan yang mungkin betul atau salah," tulisnya pada Khamis. Status itu dipercayai bagi memberi reaksi kepada foto pada satu fail tertera nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri yang tersebar di laman sosial. Status Elfira Loy pada Khamis. Foto yang dimuat naik menerusi Instagram Makcik Puaka dan ia dikaitkan dengan notis muflis. Dalam pada itu, Elfira berkata, setiap ujian yang datang kadang-kala hadir untuk mengajar atau menaikkan darjat seseorang di sisi tuhannya. Katanya lagi, dia hanya mampu tersenyum dan mendoakan yang terbaik. "Persoalannya, kenapa begitu murah hati membuang perasaan baik yang ada pada hati hanya kerana dengki? "Bagaimana anda boleh begitu yakin yang dunia tidak akan berputar dan jatuh pada batang hidung sendiri. "Hidup ni kena sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat kita diduga. Kadang ia hadir untuk mengajar kita kadang ia hadir untuk menaikkan darjat kita disisNya. "Saya, macam biasa hanya mampu melihat dan tersenyum mendoakan yang terbaik kerana yang baik tidak datang pada lisan tapi pada perbuatan," ujarnya. Sebelum ini Elfira menghadapi kontroversi selepas pertunangannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi putus.