suria

'KL Gangster Underworld' dikritik tidak logik, ini jawapan Beto Kusyairi

Beto jawab reaksi drama KLGU dikritik

PELAKON Beto Kusyairi berkata penonton Malaysia lebih menerima filem-filem yang diterbitkan oleh barat berbanding terbitan tempatan.

Pelakon KL Gangster Underworld ini berkata, banyak filem-filem barat yang tidak logik namun masih lagi diberi pujian.

"Kalau orang putih buat semuanya gempak. Mat salleh belakon jadi Ghandi (Mahatma Gandhi) pun ok aje... John Wick bergasak lebih 15 orang pun halal. Tapi bila orang kita sendiri buat hancur..." tulisnya di Twitter.

Beto membalas kritikan seorang penoton yang menganggap drama yang sedang di tayangkan di Iflix seolah-olah tidak logik dan masih ditakuk lama.

Menerusi status individu bernama Muhamad Ezham itu, drama berkenaan tidak menggunakan pelakon berbangsa Cina dalam membawakan watak yang sepatutnya.

Drama KLGU dikritik penonton.

"Cumanya, bosan juga bila melayu cuba jadi Cina ni. Tak akan tak ada pelakon Cina yang boleh bawa watak tu kot. Plus, dah 2018 ada lagi hero seorang lawan 15 orang boleh menang," tulisnya.

Bagaimanapun, individu berkenaan berkata, drama tersebut sudah mencapai tahap yang baik bagi dirinya, namun beberapa perkara yang dikritik itu hanya pendapat peribadinya semata-mata.

Sementara itu, Beto berkata, musim pertama drama tersebut masih dalam kategori pengenalan dan belum mendedahkan sama ada watak tersebut benar-benar berbangsa Cina atau tidak.

"Tak marah dan saya pun cukup faham soal citarasa ni. Musim satu ini masih dalam kategori pengenalan.

"Kita masih tak tahu pun watak-watak ni memang benar-benar Cina atau tidak," ujarnya.

Drama terbitan Skop Production yang diarahkan oleh Faizal Ishak ini disiarkan secara dalam talian sejak Khamis lalu, pukul 6 petang di Iflix.

Beto Kusyairi, KLGU

Artikel Lain