suria

Dituduh riyak kerana sumbangan korban, Mila Jirin minta jangan sakitkan hati orang lain!

Mila menerusi syarikatnya Bizmilla Catering membuat sumbangan korban bersempena sambutan hari raya Aidiladha yang disambut pada Rabu. Foto Instagram @mila_jirin

PENYANYI Mila Jirin menegaskan pengkongsian mengenai sumbangan korban syarikat miliknya, Bizmilla Catering di laman sosial bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Mila, 31, sebaliknya berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam program CSR atau Tanggungjawab Sosial Korporat syarikatnya.

"Bersifat menunjuk-nunjuk itu bukan saya. Pada yang DM atau komen di foto sebelum ini menyuruh saya supaya tidak menunjuk-nunjuk amalan atau perbuatan yang dibuat.

"Ini jawapan untuk kalian. Sumbangan korban ini dibawah syarikat saya @bizmilla_catering.

Mila menjelaskan tujuan dia memuat naik pengkongsian sumbang qurban syarikatnya.

"Kami sebagai syarikat korporat perlu memberitahu program CSR adalah aktiviti syarikat kami.

"Bukan atas dasar nak menunjuk. Riak. Show off (apa saja ayat yang korang cakap). Sifat menunjuk-nunjuk itu bukan saya. Harap maklum," kata Mila.

Sebelum ini, Mila memuat naik foto dia memberi sumbangan lima ekor lembu di Puchong, Subang dan Kemboja untuk ibadah korban di laman Instagramnya.

Tindakan penyanyi itu memuat naik foto tersebut membuatkan segelintir netizen beranggapan dia sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebaikannya di laman sosial.

Mila bersama suami dan anak mereka.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini memberitahu sebagai manusia tidak berhak untuk menjatuhkan hukum pada niat seseorang itu.

Kata Mila, sekiranya tidak tahu perkara sebenar lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan sehingga menyakitkan hati orang lain.

"Setiap apa yang kita buat, Allah yang mengadili bukan kita Manusia. Tak baik terus jatuh hukum pada niat seseorang.

"Jika tak tahu lebih baik Diam dari berkata-kata tetapi menyakitkan hati orang lain," ujarnya.

Mila Jirin

Artikel Lain