PELAKON Janna Nick berkongsi beberapa foto ketika usianya dalam lingkungan belasan tahun di laman sosialnya. Menerusi salah satu foto tersebut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 23, turut memberi kata-kata semangat untuk dirinya. Biarpun pelakon drama bersiri Semerah Cinta Humairah itu sudah melalui pelbagai cabaran namun dia tidak akan pernah berputus asa. "Banyak sangat la nak throwback. kalau nak Saya dah melalui banyak dan saya tidak akan mudah berputus asa. Antara foto Janna ketika berusia 15 dan 16 tahun. "Saya mungkin akan keletihan tapi saya akan ambil sedikit masa untuk berehat. Bukan berhenti. "Jangan pernah berputus asa! Beri tumpuan pada matlamat anda," tulis Janna. Tambah pengacara program Melodi ini, peminat hanya mengenali personalitinya sebagai Janna Nick namun dia lebih mengenali dirinya. "Kamu semua kenal Janna Nick tapi saya lebih mengenali baik Nurul Jannah," katanya. Janna Nick. Dalam pada itu, Janna juga pernah melakukan kerja sampingan yang dibayar RM4 untuk satu jam di sebuah kedai barang perhiasan ketika masih bersekolah. Malah, sebelum bergelar seorang pengacara TV, dia pernah menjadi mengendali majlis sambutan hari guru di sekolah. "Dulu balik sekolah sambung kerja kedai barang perhiasan dekat KL Festival Mall (sekarang setapak central). "Satu jam RM4 kerja sampingan. Sebelum saya jadi pengacara Melodi, saya jadi emcee majlis guru sekolah," ujarnya.