PELAKON Hanez Suraya mengakui ada perasaan rindu untuk kembali aktif dalam bidang lakonan. Hanez, 33, berkata dia pernah ditawarkan untuk berlakon semula namun terpaksa menolak kerana watak tidak sesuai. "Rindu la nak berlakon. Saya pernah dapat tawaran tapi tak terima sebab macam tak sesuai watak itu. "Watak yang saya dapat itu memerlukan saya berlakon dalam babak bermesra-mesraan yang melampau. Kalau produksi yang pernah saya kerja, senang nak berbincang. ARTIKEL BERKAITAN: Hanez Suraya alami penyakit ‘risau’ bimbang suami tak faham Hanez rindu nak berlakon semula. "Tapi produksi yang tawarkan itu, saya tak pernah bekerjasama. Tak akan la saya nak minta lebih-lebih," kata Hanez kepada mStar Online. Kali terakhir Hanez berlakon menerusi drama Love You Mr Arrogant yang ditayangkan pada 2013. Sementara itu, Hanez banyak belajar daripada kontroversi terdahulu dan kini dia lebih selesa menjalani kehidupan yang lebih positif. Sekiranya Hanez ingin kembali dalam industri, dia akan memikirkan tentang keluarganya terlebih dahulu. Hanez selesa jalani kehidupannya kini. "Saya suka dan lebih selesa macam ini. Kontroversi yang dahulu banyak membantu saya menjadi seorang yang pandai bawa diri. "Kehidupan saya kini ke arah positif dan orang mula terima saya dengan cara yang baik. Bila bawa diri yang baru ini, orang suka. "Kalau nak kembali dalam industri, saya tak boleh buat sesuatu hanya untuk diri sendiri tapi kena fikir keluarga dan anak," ujarnya. Hanez berkahwin dengan Romie Razin Adilha , 37, berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan anak perempuan, Puteri Aleesya yang kini berusia tiga tahun.