suria

“Belajar untuk terima dan sayang diri sendiri dulu” - Dottie

Penampilan Dottie ketika membuat kemunculan dalam muzik video penyanyi Hael Husaini, Hajat. Foto Instagram @syuhaida.abraz

SEMENJAK muncul dalam muzik video penyanyi Hael Husaini berjudul Hajat nama pelakon Dottie kembali menjadi perhatian peminat yang sukakan penampilan dan keyakinan dirinya walaupun berbadan besar.

Malah Dottie atau Nor Syuhaida Abd Razak, 30, turut mendapat pelbagai soalan mengenai perkara itu di Instagram miliknya yang bertanyakan hal tersebut.

Dottie ketika menjawab soalan itu memberitahu berbadan besar bukan halangan untuk tampil berkeyakinan sebaliknya seseorang itu perlu belajar menerima dan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

"Belajar untuk terima dan sayang diri sendiri dulu dari benda atau manusia lain. Klise bukan jawapan itu. Tapi itulah pendapat saya," katanya.

Dottie menjawab soalan peminat di Instastory.

Mempunyai berat 90kilogram dengan ketinggian 159 sentimeter, Dottie berkata, ia tidak pernah menghalangnya untuk tampil berkeyakinan dan berfesyen.

Tidak mempunyai sebarang teknik atau tips tertentu dalam menggayakan sesuatu pakaian, Dottie sebaliknya berkata, fesyen adalah tentang membuat seseorang itu berasa selesa dan cantik.

"Pakai je apa nak pakai. Apa yang kita rasa cantik. Tapi lebih sesuai kalau kita pakai yang selesa.

"Keyakinan diri tu kita sendiri harus rasa. Terima diri sendiri. Sayang diri sendiri. Fikir positif," katanya.

Dottie

Artikel Lain