suria

Foto Aaisyah pula jadi 'mangsa' lepas geram netizen

Foto Aaisyah yang dimuat naik Ammar di laman Instagramnya menjadi tempat netizen meninggalkan komen negatif terhadapnya.

KEMUNCULAN foto dan video bogel seorang lelaki yang didakwa mirip anak lelaki pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy yang tesebar sejak Jumaat mengundang kekecohan dalam kalangan netizen.

Laman sosial Instagram Ammar yang baharu berusia 22 tahun itu menjadi sasaran netizen yang menginginkan kepastian mengenai kontroversi itu.

Bagaimanapun foto adiknya Aaisyah Dhia Rana yang dimuat naik pada Khamis lalu 'diserang' dan dipenuhi dengan komen-komen negatif dan berbaur lucah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar bogel mirip anak tersebar, Che Ta lapor SKMM


Ruang komen di Foto Aaisyah dipenuhi dengan komen negatif dan lucah.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat tidak wajar untuk meninggalkan komen seperti itu di foto adik perempuannya.

"Sekurang-kurangnya hormat la gambar adik dia kot. Logik nak membawang pergi komen gambar dia solo.

"Eww kamu semua nak komen fasal benda itu pun agak-agak la. Tu ha gambar adik dia pun mahu komen fasal video dan gambar privasi dia. Haih.

"Tapi boleh saja kan komen dekat gambar lain? Jangan la dekat gambar Aaisyah! Hmmm kesian," tulis beberapa orang netizen.

Che Ta berasakan dia tidak perlu melayan kontroversi penyebaran foto mirip anaknya.

Kerancakan komen itu bermula disebabkan penyebaran video dan dua keping foto mirip remaja itu yang memperlihatkan dia menutupi bahagian kemaluannya.

Menerusi laporan mStar Online pada Jumaat, Che Ta tidak melatah dengan kontroversi terbaharu itu kerana sedar dengan teknologi hari ini pelbagai perkara boleh dilakukan untuk menjatuhkan maruah seseorang.

Malah, aktres itu juga telah sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran gambar tersebut.

Artikel Lain