suria

Hefny Sahad elak hubungi Uqasha, enggan ganggu cinta baharunya

Hefny Sahad enggan lagi berhubung dengan Uqasha Senrose selepas hubungan mereka putus.

PELAKON Hefny Sahad memberitahu dia tidak berkomunikasi dengan bekas kekasihnya aktres Uqasha Senrose sejak hubungan itu berakhir lapan bulan lalu.

Hefny berkata, perkara itu adalah jalan terbaik untuk tidak menganggu hubungan terbaharu wanita itu dengan kekasih Ben Amir.

“Hubungan saya dengan ahli keluarga dan adik-adik dia (Uqasha) masih baik dan kami sering bertanya khabar cuma dengan dia sahaja saya elakkan.

“Setakat ini kami tidak pernah berhubung langsung dan itu yang terbaik kerana saya pun tak mahu menganggu hubungan baharu dia,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Sifat Manja Uqasha Punca Hefny Terpikat

Hefny ditemui pada majlis sidang media drama Cintaku Di Bumi Izmir yang diadakan di D’Takhta Wedding Event, di sini, Selasa.

Dalam pada itu, drama yang disiarkan di Unifi itu turut dibintangi oleh Raysha Rizrose, Nabila Razali dan Syafie Naswip.

Uqasha kini melakar cinta dengan Ben Amir. FOTO: Instagram Ben Amirr.

Cintaku Di Bumi Izmir mula ditayangkan pada Isnin hingga Jumaat pukul 9 malam.

Tambah Hefny, dia sudah lama meneruskan kehidupan dan turut mendoakan kebaikan hubungan Uqasha dengan Ben Amir.

Bagaimanapun, Hefny berkata, dia masih boleh bertindak profesional jika digandingkan berlakon bersama wanita itu.

“Saya sudah lama move on dan lepas saya menunaikan umrah Februari lalu, jiwa saya lebih tenang. Saya doakan hubungan dia dengan teman baharu berjalan lancar,” ujarnya.

Hefny menjalinkan hubungan cinta dengan Uqasha pada awal tahun ini dan dilaporkan putus sekitar April lalu.

Sebelum itu Uqasha pernah terpalit gosip bersama aktor Nabil Ahmad, putus tunang dengan Pekin Ibrahim kemudian berkawan dengan Syafiq Kyle, Hefny Sahad dan terbaharu Ben Amir.

Ben Amir, Uqasha Senrose, Hefny Sahad

Artikel Lain