suria

"Memang berisiko, tapi takkan nak gugurkan" - Zizie Ezatte akui bimbang hamil semula

Zizie kini hamil tiga bulan.

PELAKON Zizie Ezette mengakui berasa bimbang dan takut untuk melalui detik untuk hamil dan melahirkan bayi dengan kaedah pembedahan sekali lagi.

Bagaimanapun, Zizie, 39, berkata, doktor memberitahu bahawa dia selamat untuk mengandung semula selepas lima bulan bersalin.

"Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangkan ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas bersalin dengan pembedahan.

"Bimbang, takut semua ada, yerlah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali," ujarnya di Instagram pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: 9 bulan dapat anak kembar, Zizie Ezette hamil lagi!

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas sembilan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.

Zizie memberitahu kandungannya kini sudah memasuki usia tiga bulan termasuk gambar kit ujian kehamilan yang menunjukkan dua jalur merah menandakan dia hamil.

Dia turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya yang lain bagi mengumumkan berita gembira itu.

Zizie dapatkan nasihat doktor tentang kehamilannya.

Dalam pada itu, menjawab soalan netizen berkaitan risiko terhadap kandungannya yang masih terlalu awal, Zizie berkata, dia sudah mendapatkan nasihat daripada pakar berkaitan hal itu.

"Betul memang ada risiko tapi tak kan nak gugurkan pula bila doktor cakap okey untuk mengandung lagi.

"Jadi kita harap dan doakan yang terbaik sahaja," katanya.

Zizie pada 29 Disember tahun lalu selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.

Aktres itu turut mempunyai dua anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Zizie berkahwin dengan Bung, 58, pada 2009.

Zizie Ezatte

Artikel Lain