BEKAS Isteri pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude Wahid iaitu Intan Saleh meminta agar kehidupan yang dilaluinya kini tidak dipersoalkan. Kata Intan, dia sudah meneruskan kehidupan baharu, namun mengakui tidak boleh melupakan kenangan yang pernah dibina bersama lelaki itu. "Move on atau tidak, tak perlu dipersoalkan. Move on tu melangkah maju bukan melupakan. Kenangan tidak boleh dipadamkan," tulisnya. Bagaimanapun, status berkenaan mendapat perhatian pengikut laman sosialnya yang menganggap dia tidak perlu meluahkan perkara itu di laman sosial. Menerut netizen, perkongsian berkaitan emosi di laman sosial hanya akan menimbulkan salah faham. Status Intan yang mendapat perhatian netizen. Bagaimanapun, Intan berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian. "Pendapat masing-masing tak apa, bukan semua orang suka kita. Intan ada alasan tersendiri kenapa Intan buat macam tu. Kadang-kadang terasa nak kongsi Intan kongsi orang tak suka tak apa. "Kita siapa nak puaskan hati orang. Intan sekarang sudah melangkah maju ke depan," tulisnya. Dalam pada itu, netizen mendoakan wanita berkenaan mendapat pengganti dan dijodohkan dengan lelaki yang lebih. Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun. Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.