suria

Mungkin kamera diletakkan dalam bilik mandi... Jaa Suzuran nak tengok gambar bogelnya!

Jaa tidak takut dengan ugutan sebuah akaun Twitter yang ingin menyebarkan foto bogel yang didakwa miripnya.

VIDEO dan gambar bogel yang didakwa mirip selebriti tempatan kini menjadi bualan hangat netizen di laman sosial.

Antara selebriti yang pernah menjadi mangsa iaitu pelakon Syafiq Kyle, anak sulung Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy dan pelakon baharu Ikmal Amry.

Sebelum ini yang turut tersebar ialah gambar dipercayai milik Atikah Suhaime dan Idris Khan.

Terbaharu, sebuah akaun di laman Twitter mendedahkan giliran penyampai radio ERA iaitu Jaa Suzuran pula akan menerima nasib gambar bogelnya bakal dikongsi kepada orang ramai.

Bagaimanapun, Jaa tidak takut dengan ugutan tersebut memandangkan dia tidak pernah melakukan perbuatan itu.

"Saya tak takut pun sebab memang tak pernah hantar gambar bogel atau gambar tidak senonoh pada sesiapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Video lucah mirip Syafiq Kyle dijual RM20

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar bogel mirip anak tersebar, Che Ta lapor SKMM


Sebuah akaun Twitter yang dipercayai akan mendedahkan gambar bogel Jaa.

"Malah, saya tak pernah simpan atau ambil gambar seperti itu. Jadi, buat apa saya nak takut," kata Jaa ketika dihubungi mStar Online.

Malah, Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 24, tidak sabar untuk melihat gambar yang dikatakan dirinya itu.

Kata Jaa, dia yakin gambar itu telah disunting atau ada pihak yang mencuba untuk menjatuhkannya dengan meletakkan kamera di dalam bilik mandinya.

"Saya lagi rasa tak sabar nak tengok gambar yang dikatakan diri saya itu. Nak tengok macam mana mereka sunting gambar tersebut.

"Sama ada mereka sunting atau memang ada orang letak kamera di dalam bilik mandi saya.

Jaa tak sabar melihat fotonya yang disunting pihak tidak bertanggungjawab.

"Mungkin juga ada pihak yang mencuba menjatuhkan saya dengan cara seperti ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Jaa menasihati netizen agar tidak mudah untuk mempercayai sesuatu berita yang tidak sahih.

Menurutnya, zaman sekarang ada sahaja berita yang tidak benar dan penyebaran fitnah kini berleluasa.

"Kita semua kena ubah pemikiran. Bukan semua berita adalah benar. Zaman fitnah sudah berleluasa.

"Kena main peranan yang penting dan jangan mudah percaya dengan sesuatu berita yang tidak sahih," katanya.

Jaa Suzuran

Artikel Lain