suria

“Ismail bukan seperti digambarkan, ini dugaan dia sebagai artis” - Suliza Salam

Sebagai ibu, Suliza percaya anaknya bukan seperti yang digambarkan pihak tertentu.

PETALING JAYA: Datin Suliza Salam menganggap kontroversi penyebaran foto anaknya Ismail Izzani dengan aktres Zarina Anjoulie adalah dugaan yang perlu dihadapi oleh seseorang artis.

Suliza berkata, sebagai ibu dia percaya anaknya, penyanyi lagu Luar Biasa itu bukan seperti yang digambarkan pihak tertentu.

"Saya tidak mahu melatah dan menganggap ia sebagai dugaan buat Ismail.

"Saya hanya berharap agar dia lebih berhati-hati dalam setiap langkahnya pada masa akan datang," ujarnya dalam satu pertemuan dengan kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersebar foto berpeluk, Ismail Izzani kesal dan mohon maaf


Suliza enggan melatah dengan kontroversi yang melanda anaknya.

Suliza ditemui bagi mengulas kontroversi gambar mesra Ismail Izzani, 18, bersama pelakon Zarina Anjoulie di sebuah pusat hiburan yang tersebar pada malam Jumaat lalu.

Kontroversi itu timbul selepas aktres Fathia Latiff berkongsi sekeping foto dipercayai di sebuah kelab yang memperlihatkan seperti Zarina dan Ismail namun ia dipadamkan tidak lama kemudian.

Dalam pada itu, Suliza yang juga penyanyi era 1980an turut menginggatkan artis-artis muda lain agar lebih menjaga batasan dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Katanya, tugas sebagai seorang selebriti sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat sekeliling khususnya peminat mereka.

"Beringat kerana apa-apa pun kita tetap orang Melayu dan ada batasan dan tanggungjawab kepada agama dan masyarakat.

Ismail memohon maaf kepada keluarga dan pihak pengurusannya berkaitan foto yang tersebar bersama pelakon Zarina Anjoulie

"Saya bercakap peringatan untuk anak saya dan artis-artis muda yang lain juga. Mereka sepatutnya jadi contoh kepada masyarakat," katanya. 

Tambahnya lagi, menjadi popular bukan lesen untuk berbuat sesuka hati.

Dalam pada itu, Suliza juga berharap, masyarakat tidak mudah menilai sesuatu perkara yang tidak pasti.

"Bagi saya Ismail tidak perlukan kontroversi sebagai publisiti dirinya. Saya percaya masyarakat lebih pandai menilai yang mana betul atau tidak," katanya.

Sementara itu, Suliza mahu Ismail memberi fokus terhadap kerjaya nyanyiannya apatah lagi dia bakal melancarkan single terbaharu berjudul Bidadari.

Ismail Izzani, Suliza Salam

Artikel Lain