suria

‘Ddu Du Ddu Du’ nyanyian Sarah Suhairi dapat perhatian Blackpink

Sarah Suhairi mula mendapat perhatian.

PENDATANG baharu Sarah Suhairi yang bertanding dalam program Big Stage mengakui terkejut apabila video nyanyiannya lagu Kpop Ddu Du Ddu Du mendapat perhatian penyanyi asal Blackpink.

Persembahan pada minggu lalu menjadi tular dan trending di YouTube sehingga mendapat reaksi masyarakat Korea.

"Saya tidak jangka video itu mendapat reaksi masyarakat Korea dan ramai yang komen dan buat video semata-mata komen video saya menyanyikan lagu Ddu Du Ddu Du minggu lalu.

"Malah, penyanyi asal Blackpink turut mengulang kicau video itu di Twitter milik mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Sarah Suhairi 

Sarah yang ditemui baru-baru ini berkata, dia tidak memahami bahasa Korea tersebut, namun belajar cara menyebut perkataan dengan betul.

Katanya, dia mengambil masa seminggu untuk belajal menghafal lirik lagu tersebut terutama bahagian yang memerlukan dia menyanyi rap.

"Ia cabaran buat saya kerana tidak pernah menyanyikan lagu Kpop kerana terpaksa menghafal lirik dengan sebutan yang betul.

"Alhamdulillah, walaupun tidak memahami apa yang saya nyanyikan, tapi menerusi maklum balas ramai yang kata sebutan saya hampir tepat," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang perkembangan dirinya dalam program realiti berkenaan, Sarah berkata, dia cuba memberi saingan dan cuba yang terbaik pada setiap minggu.

Sarah Suhairi

Artikel Lain