suria

Isteri kedua Ashraf Muslim lahirkan bayi perempuan

Ashraf berharap kehadiran bayinya dapat membawa ukhwah mereka sekeluarga bertambah erat.

ISTERI kedua pelakon Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.35 petang, Isnin.

Ashraf, 36, turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah atas kurniaan yang tidak ternilai itu.

"Assalammulaikum semua. Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah untuk kurniaan yang tidak ternilai ini.

"Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.35 petang semalam. Terima kasih ibu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Muslim teringin jadi OKU


Isteri kedua Ashraf selamat lahirkan bayi perempuan.

Ashraf berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto keluarga bersama bayinya di laman Instagram pada Selasa.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut mengucapkan tahniah buat Ashraf sekeluarga dan mendoakan bayi serta isterinya dalam keadaan baik.

Tambah Ashraf lagi, dia berharap kehadiran anak perempuannya itu membawa ukhwah mereka sekeluarga bertambah erat.

Malah, dia mendoakan agar bayinya menjadi anak yang solehah, sri kandi yang hebat di mata Allah, sihat dan seorang yang penyayang seperti anak-anaknya yang lain.

"Selamat datang ke dunia anakku. Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya teruja tau.

Ahli keluarga Ashraf sudah bertambah.

"Semoga menjadi anak yang solehah, sri kandi yang hebat di mata Allah, Sihat dan seorang yang penyayang seperti kakak dan abang-abang okey.

"Satu lagi, semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, Insya-Allah. Doakan AM sekeluarga ya," ujarnya.

Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2.

Ashraf Muslim

Artikel Lain