suria

Siapa kenal minah ‘pengkid’ ini minta DM Amy Search

Amy berang dengan penipuan membabitkan pelaburan wang secara haram. Foto Instagram @aku.amysearch

PENYANYI Amy Search sedang mencari seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan penipuan membabitkan pelaburan wang haram.

Menurut Amy, wanita itu bersama beberapa orang teman telah mewujudkan skim pelaburan yang disifatkan tidak masuk akal.

"Minta tolong sesiapa yang kenal minah pengkid ini, DM (mesej peribadi) aku.

"Dia and the gang buat skim penipuan investment RM1,000 dan RM1 juta. Kepala otak dia," tulisnya.

Penyanyi lagu Isabella ini berkongsi mengenai hal itu di Instagramnya pada Rabu.

Perkongsian Amy di Instastory.

Sementara itu, Amy turut meminta mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa penipuan tersebut segera menghubunginya.

Malah, dia berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap kegiatan tidak bermoral itu.

"Jangan percaya dengan skim ini, sesiapa yang pernah terkena sila DM aku.

"Mohon pihak berkuasa siasat dan jangan jadikan orang Melayu kita mangsa sindiket kumpulan wang haram yang berleluasa.

"Awas... hati-hati dengan skim ini," katanya.

Dalam posting tersebut, Amy turut memuat naik bersama lampiran maklumat berkaitan penipuan tersebut.

Amy Search

Artikel Lain