PELAKON Ayu Raudhah mengumumkan bakal menerima cahaya mata keempat setelah disahkan hamil 19 minggu. Isteri kepada pemain bola sepak Kuala Lumpur, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak ini berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram pada Rabu. "Rezeki Allah tu datang dalam berbagai bentuk," tulisnya. Dalam muat naik tersebut, Ayu turut menyertakan tanda pagar yang turut mencuit hati netizen. Perkongsian Ayu mengenai kehamilan di Instagram. "Laura Zuleykha nak jadi kakak, suami nak anak ramai, Allah pun bagi," tulisnya. Rata-rata pengikut turut teruja dan mendoakan agar kandungan Ayu membesar dengan sihat. Ayu dan Zaquan berkahwin di Alor Setar, Kedah pada pada 21 Januari 2011. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata comel iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zuleykha, setahun.