suria

Terkejut Janna Nick terbaring di katil hospital

Gara-gara sebuah rakaman video, Janna Nick disangka tidak sihat dan dimasukkan ke hospital. Foto Instagram @jannanick

RAKAMAN video pelakon Janna Nick dilihat terbaring di katil hospital dan menerima rawatan mengundang kebimbangan dalam kalangan peminat di laman sosial.

Menjelaskan mengenai situasi sebenar, pemilik video tersebut yang juga merupakan jurusolek, Naomi Larra berkata rakaman tersebut merupakan salah satu babak semasa penggambaran drama Leftenan Zana.

"Sebenarnya Janna tak sakit pun dan dia baik-baik sahaja, bukan seperti yang disaksikan dalam video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat cabar drama tentera Janna Nick bukan hanya fasal cinta

Naomi bersama Janna Nick.

"Rakaman itu saya ambil semasa dia sedang menjalani penggambaran di sebuah kem tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Saya muat naik sebahagian scene tersebut untuk mengusik Janna dan tak sangka peminat ingat dia betul-betul sakit," katanya kepada mStar Online.

Pelakon berusia 22 tahun itu kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama ketenteraan dan bakal ditayangkan di TV3 pada Januari tahun depan.

Drama arahan Jinggo itu turut dibintangi oleh Sheily Rusly, Redza Rosli dan Tunku Hanis.

Berkongsi mengenai tatarias wajah untuk pelakon utama tersebut, Naomi berkata tidak sukar mengenakan solekan kepada Janna.

Janna bakal muncul dalam sebuah drama ketenteraan.

Ujarnya, Janna Nick yang memegang watak sebagai seorang anggota beruniform tidak memerlukan mekap yang terlalu padat.

"Solekan untuk drama kali ini sangat mudah sebab tak perlu berlebih-lebih. Senang sahaja, beberapa minit dah siap.

"Cumanya, Janna memiliki kulit yang agak putih dan kita perlu gelapkan sedikit wajah dia supaya kena dengan karakter seorang askar," katanya.

Janna Nick

Artikel Lain