PENDEDAHAN pelakon Fathia Latiff yang mendakwa bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza masih belum melangsaikan hutang kepadanya menerusi Instagram pada petang Khamis mendapat perhatian rakan baik aktor itu, Sharifah Sakinah. Sakinah secara terbuka menyelar tindakan Fathia itu di Instagram miliknya dan menegaskan dakwaan dibuat oleh pelakon itu adalah tidak benar. Kata Sakinah, sepanjang berkawan baik dengan Aiman sejak lima tahun lalu, pelakon itu bukan seorang yang gemar berhutang atau pernah mempunyai masalah kewangan. "Ini adalah luahan ikhlas dari hati. Jadi anda dengar apa yang ingin saya katakan, terutamanya kepada orang itu. "Aiman sangat setia ketika berhubungan dengan anda, jadi saya tidak mengenalinya sangat ketika waktu itu tetapi selepas itu kami menjadi rakan baik selama lima tahun dan dia bukan individu sedemikian (tak bayar hutang) atau pernah mempunyai masalah dengan wang. ARTIKEL BERKAITAN: Fathia dakwa Aiman Hakim sekat panggilan selepas tuntut hutang Sakinah tampil mempertahankan rakan baiknya di Instagram. "Pada awalnya saya tidak mahu membuat komen di media sosial tetapi saya tidak mempunyai peluang untuk berjumpa dengan anda dan DM (mesej peribadi) tidak boleh memperbaiki masalah yang telah anda lakukan. "Anda pilih untuk aibkan dia, jadi saya pilih untuk bercakap bagi mempertahankan reputasinya. Dakwaan ini tidak benar," tulisnya. Menerusi posting berkenaan, Fathia mendakwa Aiman menyekat panggilannya apabila dia cuba meminta pelakon itu membayar kembali wang tersebut. Status yang dimuat naik itu mendapat 10,000 like daripada pengikutnya namun Fathia bertindak memadam posting berkenaan setengah jam kemudian. Dalam pada itu, Sakinah turut meninggalkan nasihat secara terbuka kepada sesiapa yang emosinya tidak stabil supaya jangan mendekati telefon mereka. Fathia Latiff sudah memadam posting yang dibuat berkaitan bekas kekasihnya. Ini kerana kata Sakinah, ia hanya membawa keburukan dan setiap apa yang dimuat naik di media sosial akan ada akibatnya. "Apabila anda sedang dalam keadaan tidak stabil, sedih, marah, mabuk atau 'high' tolong jangan memuat naik apa-apa di sosial media. "Jika sukar sangat nak melawan perasaan tu, jauhi diri daripada telefon anda untuk seketika, ia hanya akan membawa keburukan. "Setiap apa yang kita muat naik ada akibatnya, dan posting ini adalah akibat yang tidak menyenangkan kepada posting anda," tulisnya.