PETALING JAYA: Mengulangi kemeriahan Jelajah Suria di Ipoh, Perak dan Klang, Selangor baru-baru ini, stesen radio Suria sekali lagi akan mengadakan program tersebut di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Sabtu ini. Program itu bakal digamatkan dengan kehadiran penyampai Team Pagi Suria yang dibarisi Fizi Ali, Issey dan Shahrol. Peminat yang tidak sempat untuk bersama mereka pada acara itu juga boleh mendengar siaran tersebut pada pukul 5 petang hari yang sama. Sementara itu, 100 pendengar bertuah yang memuat turun aplikasi Suria Malaysia juga berpeluang dipilih untuk menjamu selera bersama penyampai radio itu menerusi acara Team Pagi Suria Belanja Makan di Kuantan pada 6 Oktober depan. Bukan itu sahaja, Suria juga menawarkan wang tunai berjumlah RM25,000 untuk dimenangi menerusi peraduan Lagu Berduit Bonanza bermula 24 September hingga 12 Oktober depan. Malah, pendengar juga berpeluang memenangi wang tunai RM300 setiap hari dengan meneka nama lagu dan penyanyi menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria dan Suria Petang di stesen radio itu. Caranya mudah sahaja, tunggu isyarat dimainkan dan hubungi talian 03-77242115 dan pemenang dengan jawapan yang tepat akan memenangi hadiah yang ditawarkan Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria dan ikuti laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter @SuriaFMMalaysia.