PELAKON cantik Reen Rahim mendedahkan dia pernah melalui zaman nakal ketika berada di bangku sekolah. Reen berkata, dia pernah membuli rakan pelajar yang dianggap melakukan kekerasan terhadap pelajar yang lemah. "Reen nakal dulu, jahat sangat, bengang je cikgu dengan saya. tapi saya tak pernah buli budak baik. Reen akui jadi kaki buli pertahan rakan lemah. "Saya buli budak-budak jahat. Bila nampak junior kena buli, kawan-kawan kena buli atau budak baik kena buli, saya akan buli si kaki buli," ujarnya. Tambahnya, kes berkenaan pernah menjadi perhatian sekolah sehingga menimbulkan kemarahan guru-guru di sekolah tersebut. Reen mengimbau kenangan tersebut dengan memuat naik video tentang pelajar sekolah yang berdepan dengan masalah buli. Bagaimanapun, Reen berkata, dia menggunakan kenakalan yang ada dalam dirinya untuk membantu pelajar yang lemah.