suria

Ramai sangka Sharnaaz Ahmad penat jaga anak tapi sebaliknya...

Sharnaaz mendoakan agar anaknya menjadi insan yang bertanggungjawab di masa hadapan.

PELAKON Sharnaaz Ahmad memberitahu ramai pihak menyangkakan dia keletihan kerana menjaga anak, namun realitinya, isterinya Noor Nabila yang menguruskan anak sulung mereka, Jebat Jayden pada setiap masa.

Sharnaaz, 33, berkata dia sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada isteri dan berjanji akan membawa keluarganya bercuti selepas tamat tempoh berpantang.

"Ramai kata saya penat jaga Jebat, sebenarnya isteri saya yang jaga Jebat setiap masa. Saya patut berterima kasih pada dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad dedah sebab pilih Jebat!


Isteri Sharnaaz, Nabila yang menjaga Jebat setiap masa.

"Memang patut syurga itu di bawah kaki ibu dan pengorbanan ibu itu tiada tolok bandingnya.

"Terima kasih sayang @noornabila... Habis pantang kita pergi bercuti okey sayang...," tulis Sharnaaz menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Cinta Bukan Kristal ini turut memberi ucapan istimewa sempena usia sebulan anaknya pada 30 September 2018.

Sharnaaz mendoakan agar anak lelakinya itu membesar dengan sempurna dan sentiasa menjadi yang terbaik serta insan yang bertanggungjawab di masa hadapan.

Keluarga bahagia Sharnaaz.

"Hari ini (Ahad) anak baba dah satu bulan. Happy 1 month sayang baba. Semoga anak baba besar sihat sempurna jadi orang berguna, disayangi semua dan sentiasa jadi yang terbaik dalam apa yang anak baba nak jadi.

"Baba sayang anak baba dan mommy dunia akhirat... Tak perlu jadi terbaik pun tak apa. Hanya perlu jadi manusia yang bertanggungjawab," katanya.

Sharnaaz dan Noor Nabila, 34 yang juga kakak kepada selebriti Neelofa itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos lalu.

Artikel Lain