suria

Sedang tidur ketika kejadian, Afgan kongsi pengalaman gempa bumi

Afgan turut bersedih dengan bencana alam yang menimpa Sulawesi Tengah. Foto: CHAN TAK KONG.

KUALA LUMPUR: Kejadian Tsunami yang berlaku di Sulawesi pada Ahad lalu membuatkan penyanyi Afgan terkenangkan detik cemas ketika berlakunya gempa bumi di Lombok, Indonesia pada 29 Julai lalu.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 29, berkata dia yang ketika itu sedang bercuti di Bali turut merasai gegaran tersebut.

"Kebetulan ketika berlakunya gempa bumi di Lombok, saya berada di Bali dan turut merasai gegaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 200 gempa susulan terus gegarkan Sulawesi Tengah

ARTIKEL BERKAITAN: 82 maut gempa bumi di Lombok


Afgan turut merasai gegaran kuat ketika bercuti di Bali.

"Waktu kejadian berlaku pada 7 pagi saya masih tidur dan saya bangun dalam keadaan disebabkan rasa gegaran gempa bumi yang kuat.

"Saya rasa, itulah pengalaman besar yang menakutkan. Bayangkan gegaran itu di Bali, sudah pasti di Lombok lagi kuat," katanya kepada mStar Online.

Afgan ditemui ketika sidang media Konsert Dekade di Shangri La Hotel, di sini pada Isnin.

Sebelum ini, gempa berukuran 6.4 skala Richter menggegar destinasi pelancongan popular Lombok yang terletak kira-kira 100 kilometer di timur Pulau Bali di Indonesia.

Tambah penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu ini, dia turut bersedih dengan berita mengenai gempa bumi yang berlaku di Sulawesi Tengah pada 28 September lalu.

Afgan dan rakan-rakan artis akan mengadakan konsert amal bertujuan untuk mengumpul dana.

100 penyanyi terkenal Indonesia termasuk Afgan bakal mengadakan konsert amal bertujuan mengumpul dana untuk mangsa-mangsa bencana alam itu.

"Saya sangat sedih melihat bencana alam yang berlaku. Memang kadang-kadang tu Allah memberikan teguran dengan pelbagai cara.

"kalau di lombok, saya dan rakan-rakan bantu membina tempat mandi kerana mereka di sana kekurangan air bersih.

"Manakala untuk mangsa di Palu, saya dan 99 rakan artis yang lain akan mengadakan konsert amal untuk mengumpul dana bagi membantu mereka," ujarnya.

Konsert amal tersebut akan diadakan di Jakarta pada 5 Oktober ini.

Afgan

Artikel Lain